Fahami Kepercayaan Anda

”Adakah Tuhan beranak?”

Umat Kristian mempercayai bahawa Yesus Kristus adalah anak Tuhan, mengikut ayat dalam Alkitab, ”Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Yesus tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.”— Yohanes 3:16

Adakah itu bermakna Tuhan telah beristeri dan melahirkan seorang anak. Tidak sekali. Apabila Alkitab merujuk kepada Yesus sebagai Anak, ia menunjukkan perhubungan istimewa antara Tuhan dengan Yesus.

Samalah seperti dalam Bahasa, apabila kita merujuk kepada ‘anak tangga’, ‘anak bulan’ dan sebagainya. Adakah kita bermaksud yang tangga telah beranak, dan bulan telah beranak menjadi dua? Tidak sekali.

Demikian juga, Anak Tuhan adalah Yesus Kristus yang dihantar khas untuk menyelamatkan umat manusia dari dosa.

Adakah Yesus itu Anak Tuhan?

Umat Kristian tidak mempercayai bahawa manusia menjadi Tuhan, sebaliknya Tuhan menjadi manusia. “Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel” (Matius 1:23). Yesus adalah “Imanuel” yang dalam bahasa Ibrani, bererti “Allah menyertai kita.”

Umat Kristen tidak pernah mengatakan Yesus (Isa Al-Masih) adalah anak biologis Allah dan Maryam! Umat Kristen mengimani Yesus adalah Firman (Kalimat) Allah. Dan Firman Allah itu telah menjelma menjadi manusia yang dipanggil dengan sebutan Yesus!

Alkitab menjelaskan, “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah” (Yohanes 1:1). “Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaan-Nya, kemuliaan yang diterimaNya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita” (Yohanes 1:14).

Dan mengapa Yesus datang? Tujuan-Nya satu-satunya untuk menyediakan jalan keselamatan bagi kita.

”Adakah Yesus hanya pengsan selepas disalib dan sedar semula dalam gua yang dingin?”

Ada orang yang menuduh bahawa Yesus Kristus tidak mati disalibkan tetapi cuma pengsan. Dan dalam kedinginan gua, Dia telah pulih semula dan larikan diri dari gua.

Dalam Alkitab, kita baca bahawa, Yohanes 19:32 “Maka datanglah prajurit-prajurit lalu mematahkan kaki orang yang pertama dan kaki orang yang lain yang disalibkan bersama-sama dengan Yesus;” 19:33 “tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa Ia telah mati, mereka tidak mematahkan kaki-Nya,” 19:34 “tetapi seorang dari antara prajurit itu menikam lambung-Nya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air.”

Askar-askar tersebut telah memastikan bahawa Yesus telah mati disalib. Mereka juga menikam Yesus untuk menentukannya. Setelah ditikam, darah dan air mengalir keluar. Ini hanya boleh berlaku jika Yesus telah mati.

Katakan Yesus hanya pengsan. Maka kita perlu jawab soalan berikut: dapatkah dia pulih dengan segera dalam gua, kemudian menolak balik batu besar yang menghalang pintu masuk gua, lalu melawan dan mengatasi kesemua rombongan askar yang menjaga gua tersebut?

Yohanes 19:1, “Lalu Pilatus mengambil Yesus dan menyuruh orang menyesah Dia.” Yesus disebat dengan cambuk tajam yang mengoyakkan kulit dan dagingnya supaya darahnya mengalir keluar. Dalam keadaan lemah dan terseksa ini, Yesus disalibkan. Sambil bergantung di kayu salib, Yesus akan mengalami kesusahan bernafas kerana Dia terpaksa menolak pada kakinya yang dipakukan untuk menghembus keluar.

Tuduhan bahawa Yesus hanya pengsan sahaja tidak dapat dipertahankan. Jika Yesus tidak mati disalibkan, mengapakah pengikut-pengikutnya yang sebelum itu merupakan penakut sekarang memberanikan diri menginjilkan dunia dan sanggup mati untuk menyebarkan berita baik Yesus? Tentulah kerana mereka telah melihat Yesus mati dan bangkit semula.

”Adakah Yesus tidak disalibkan, tetapi Tuhan telah gantikan tempatnya dengan orang lain?”

Ini adalah juga satu tuduhan yang tidak dapat dipertahankan. Penyaliban Yesus disaksikan oleh askar-askar Roma, pengikut-pengikut Yesus yang setia, paderi-paderi yang menuduh Yesus dan orang ramai yang setengahnya bencikan Yesus.

Adakah mereka semua ini tidak dapat mencamkan siapa orangnya yang digantung di salib? Pengikut Yesus telah bersamanya sekian lama. Ibu Yesus juga berada di sana: Yohanes 19:25 “Dan dekat salib Yesus berdiri ibu-Nya dan saudara ibu-Nya, Maria, isteri Klopas dan Maria Magdalena.”

Jika benar tuduhan tempat Yesus digantikan, ia akan bercanggah sekali dengan kepercayaan kita pada Tuhan yang benar, baik dan sayang (God of truth, goodness and love), kerana Tuhan akan telah menipu kami tentang kematian Yesus, dan menggantikan tempatnya dengan seorang yang mungkin kurang berdosa.

Yesus bukan seorang penakut yang meminta Tuhan menggantikan tempatnya dengan orang lain. Yesus telah rela disalibkan bagi menyelamatkan kami.

Adakah Yesus disalibkan atau seorang pengganti tempatnya?

Yesus berulang kali menyatakan bahwa Ia harus ke Yerusalem untuk dibunuh. Sebelum peristiwa penyaliban terjadi, Ia telah menyatakannya. “Dia berkata juga, “Anak Manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan” (Lukas 9:22).

Jika yang tersalib bukan Yesus, orang tersebut tidak akan berkata hal-hal mulia yang Yesus ucapkan di kayu salib. Ia pasti meronta-ronta saat ditangkap, dicambuk, apalagi disalibkan. Tentu ia menyangkal bahawa dirinya Yesus. Sebaliknya, Alkitab mencatat bahwa Yesus dengan tenang menghadapi semua proses penyaliban. Bahkan Yesus berkata, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (Lukas 23:34).

Sejak abad pertama, umat Kristian cukup percaya dengan penyaliban dan kebangkitan Yesus Kristus. Akibatnya, ramai yang rela teraniaya kerana keyakinan tersebut. Memang benar, ramai orang rela mati untuk keyakinannya. Sebaliknya tidak seorangpun mau mati untuk sebuah kebohongan.

Para ahli sejarah Kristian dan bukan Kristian mencatat penyaliban Yesus sebagai fakta sejarah. Ini bersumber dari para saksi mata kejadian. Catatan sejarah ini masih terpelihara di berbagai museum di penjuru dunia.

”Adakah Yesus bangkit dari kematian?”

Pertama, Yesus telah mati disalibkan. Kejadian ini dipersetujui oleh hampir semua sarjana yang mengkaji penyaliban dan penguburan Yesus.

Kedua, kubur Yesus didapati kosong bila pengikut-pengikutnya melawat kuburnya pada hari Ahad berikutnya. Jika mayat Yesus tidak bangkit, pihak berkuasa Yahudi tentu akan mempamerkan mayatnya dan agama Kristian akan tamat serta merta. Tetapi bila ditanya mana mayat Yesus, pihak berkuasa Yahudi cuma menjawab bahawa pengikut-pengikut Yesus telah mencuri mayatnya. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa mereka juga mengaku bahawa kubur itu kosong.

Ketiga, semua pengikut Yesus mengaku bahawa Yesus telah bangkit dan menampakkan diriNya kepada mereka. Dan kerelaan mereka untuk sanggup mati untuk pengakuan ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar percaya bahawa Yesus telah bangkit dari kematian. Juga, musuh Yesus ketika itu, seperti Paulus, mengaku menampak Yesus ketika dalam perjalanan ke Damsyik.

Keempat, adakah mungkin pengikut-pengikut Yesus berhalusinasi bahawa mereka ternampak Yesus? Jika ya, tidak mungkin kubur itu kosong. Juga, pada satu ketika, Yesus menampakkan diriNya kepada 500 orang pada satu masa. Tidak munasabah mengatakan bahawa 500 orang berhalusinasi pada masa yang sama!

Kelima, mungkinkah orang yang pengikut-pengikut Yesus nampak itu bukan Yesus sebenarnya, tetapi orang lain? Jika begitu, kubur tidak mungkin kosong. Juga, pengikut Yesus telah bersamaNya selama 3 tahun. Tentulah mereka boleh mengenal Yesus.

Kebangkitan Yesus adalah penjelasan yang paling baik berdasarkan bukti-bukti sejarah ini.

”Adakah Yesus mendakwa diriNya Tuhan?”

Dalam Matius 16:13, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikutNya, “Menurut kata orang siapakah Anak Manusia itu?” Dan dalam Matius 16:16, Simon Petrus menjawab, “Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Hidup.”

Dan Yesus tidak menafikannya, tetapi sebaliknya menjawab, “Hai Simon anak Yohanes, berbahagialah engkau! Bukannya manusia yang memberitahukan hal itu kepadamu, tetapi BapaKu di syurga yang memberitahumu.” (Matius 16:17)

Yohanes 1:1 bertulis, “Sebelum dunia ini diciptakan, Firman sudah ada. Firman itu bersama-sama Allah, dan Firman itu sama dengan Allah.” Dalam Injil Yohanes, Firman itu merujuk kepada Yesus. Yohanes 1:14 membaca, “Firman itu sudah menjadi manusia dan tinggal antara kita. Kita nampak kemuliaanNya, kemuliaan yang diterimaNya sebagai anak tunggal Bapa. Melalui Dia, kasih Allah dan Allah sendiri ditunjukkan kepada kita.”

Markus 14:61- 62 menceritakan, “… Sekali lagi Imam Agung bertanya kepadaNya, “Kamukah Penyelamat yang diutus oleh Allah, Anak Allah Yang Maha Suci?” Yesus menjawab, “Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!”

Maka, daripada ayat-ayat ini dan lain, Yesus mendakwa DiriNya sebagai Tuhan.

”Adakah kerana Adam berdosa, maka semua umat manusia berdosa?”

Alkitab mengajar bahawa tiada manusia yang bertanggung jawab ke atas dosa bapanya. (Ulangan 24:16; Yehezkiel 18:20). Ini bererti manusia tidak bersalah atas dosa Adam. Apabila kita dihakimi, kita akan dihakimi oleh dosa sendiri, tetapi dosa Adam lah dari mana semuanya bermula.

Adam dicipta dalam imej Tuhan, tetapi imej ini terhancur apabila Adam berdosa. Dan umat manusia telah mewarisi imej rosak ini. Oleh sebab itu, manusia bercenderungan untuk berdosa dan perlu diselamatkan dari dosa mereka sendiri.

”Adakah Tuhan adil jika dosa kecil dan besar dihakimi dengan hukuman sama?”

Mengikut ajaran Alkitab, dosa itu bukan sahaja melakukan perkara salah. Dosa adalah pemberontakan melawan Tuhan. Kematian bukan semata-mata hukuman untuk dosa tetapi adalah akibatnya. Tuhan tidak menghukumi kita kerana kita melintas jalanraya apabila lampu isyarat masih merah, tetapi kita dilanggar kereta sebagai akibatnya.

Sama seperti seorang bapa mencintai anaknya walau apapun yang dilakukan anaknya, Tuhan juga mencintai kita walau apapun yang kita telah lakukan. Seorang bapa akan mencintai anaknya walaupun anaknya seorang pencuri. Bapa itu mungkin juga menyerahkan anaknya kepada polis tetapi ini adalah kerana cinta dan harapan pemulihan anaknya. Dengan cara sama, Tuhan mencintai umat manusia walaupun manusia berdosa dan Dia membenarkan manusia menanggung akibatnya supaya mereka boleh bertaubat dan bertukar jadi baik.

Tuhan penuh belas kasihan dan keadilan. Dia menawarkan belas kasihan kepada setiap manusia berdosa tetapi pada masa yang sama, menuntut keadilan untuk setiap dosa. Tuhan menjadi penyelesaiannya apabila Dia menanggung akibat dosa ke atas diri sendiri. Akibat dosa adalah kematian, dan Tuhan rela berkorban diri untuk semua anaknya.

Tuhan adalah suci. Dia tidak berkenan dengan dosa. Syurga adalah tempat yang sempurna. Orang berdosa tidak boleh ke syurga.

Jadi, adakah harapan untuk orang berdosa? Hanya melalui rahmat Tuhan.

Tetapi mengapakah Dia memberi saya rahmatNya? Kerana Dia mencintai anda.

Mengapakah Dia mencintai saya, sedangkan saya seorang yang berdosa? Kerana Dia adalah Bapamu.

”Jika Tuhan mengampuni segala dosa, mengapakah Kristian perlu berbuat baik sedangkan mereka boleh melakukan kesalahan sesuka hati?”

Adakah anda menyayangi emak kamu? Jika emak anda menyuruh kamu membuat sesuatu, seperti menyapu lantai, apakah yang anda fikir akan membuat dia gembira: anda menyapu lantai kerana kamu mencintainya, atau anda menyapu lantai kerana anda takut dia akan mendenda kamu?

Ketaatan Kristian kepada Tuhan adalah berdasarkan tanpa paksaan atau ketakutan, tetapi dengan kerelaan dan cinta pada Tuhan. Apabila kita menerima Injil dan hidup sebagai anak Tuhan, Tuhan Bapa akan mengubah hati kita supaya kita berpaling dari hidup berdosa.

”Bagaimanakah Yesus boleh mati bagi pihak dosa manusia?”

Seorang manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain. Tetapi Yesus bukan manusia. Sebaliknya, Yesus adalah Tuhan dan Tuhan boleh mengampuni dosa.

Adakah adil bagi Tuhan memindahkan dosa seseorang kepada Yesus? Kehidupan harian penuh dengan contoh orang menanggung beban bagi pihak orang lain. Contohnya, seorang membuat pinjaman bank dan terpaksa mencari seorang penjamin, biasanya seorang bapa atau emak. Jika dia gagal membiayai hutang, beban itu akan terjatuh ke atas penjamin.

Dengan cara yang sama, Injil mengajar bahawa apabila kita bersalah atas dosa-dosa kita, hutang kita diambil alih Tuhan, yang telah membiayainya apabila Yesus disalibkan.

Seorang anak mencuri duit dari bapanya dan menghabiskannya. Kemudian anak itu bertaubat dan meminta ampun. Bapanya mengampuninya kerana dia anaknya. Tetapi duit yang kurang itu masih perlu digantikan. Bapa itu boleh menggantikan duit yang dicuri dengan duitnya sendiri.

Kita adalah seperti anak itu, dan Tuhan adalah bapa itu. Dalam belas kasihanNya, Tuhan mengampuni dosa-dosa kita. Upah dosa adalah kematian, dan Tuhan mati bagi pihak kami, menyelesaikan hutang kami.

”Apakah itu Tuhan Tritunggal?”

Doktrin Tritunggal mengatakan bahawa Tuhan adalah tiga ‘persons’ dalam satu ‘being’. Contohnya, saya adalah satu ‘being’, seorang manusia. Saya juga adalah satu ‘person’, Petrus, contohnya. Maka, saya adalah satu ‘being’ dengan satu ‘person’, seorang manusia yang bernama Petrus. Tetapi Tuhan adalah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Tuhan adalah tiga dalam satu.

Dalam hidup kita, ada contoh-contoh seperti tritunggal. Pada suhu dan tekanan tertentu, iaitu pada ‘triple point of water’, air cecair, ais pepejal dan wap air boleh wujud serentak dalam keseimbangan. Air itu satu, tetapi ia wujud dalam tiga keadaan serentak pada takat ‘triple point’.

Dalam Alkitab, pengikut-pengikut Yesus diseru dalam Matius 28:19, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutKu. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.”

Adakah umat Kristian menyembah tiga tuhan?

Orang Kristian percaya pada satu Tuhan. Dalam Alkitab, Tuhan mengarah, “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja” (Keluaran 20:3).

Kita percaya pada Tritunggal Tuhan, iaitu Allah yang esa hadir dalam tiga Pribadi: Allah Bapa, Allah Anak, dan Roh Allah. Ketiga-tiga Pribadi ini mempunyai esensi, kedudukan, kuasa, dan kemuliaan yang sama sehingga ketiganya tidak dapat dipisahkan satu dengan yang lain.

Dalam Kejadian 1:26-27, kita baca, “Kemudian Allah berfirman, "Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita … Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri.” “Kita” dalam ayat di atas, menunjuk 'jamak', bukan 'tunggal'. “Diri-Nya sendiri” menunjuk ‘tunggal’, bukan ‘jamak’.

Apabila ditanya tentang perintah manakah yang paling utama, Yesus menjawab, “… Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu” (Markus 12:29-30).

Tetapi kemudian dalam Matius 28:19, Yesus berkata, “Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikut-Ku. Baptislah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Allah.”

Konsep Tritunggal boleh dilihat di alam semula jadi. Manusia adalah tritunggal kerana dia mempunyai jasad, jiwa dan roh tetapi adalah seorang sahaja. Satu contoh lain ialah peranan yang dimainkan oleh seseorang. Saya merupakan seorang bapa, seorang anak dan juga suami pada satu masa yang sama.

Air boleh wujud sebagai cecair, wap (gas) dan ais (pepejal) tetapi adalah bahan yang sama. Pada satu suhu dan tekanan tertentu, air boleh wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas pada masa yang sama. Dalam bidang matematik, 1 + 1 + 1 = 3 tetapi juga 1 x 1 x 1 = 1.

Injil Barnabas: Sahih atau Palsu

Injil Barnabas mesti ditolak kerana buku itu adalah palsu dan mengandungi banyak kesilapan fakta.

I. Injil Barnabas mencaci danmengecam rasul Paulus dan pelayanannya. Tetapi sebenarnya, Barnabas adalah teman Paulus seperti dicatat dalam Kisah Para Rasul (KPR) 4:36 - 37; 9:26 - 27; 11:22 – 25, 30; 12:25; 13:1, 50; 14:12; 15:36 – 39; 1 Korin 9:6; Gal 2:1, 13; Col 4:10.

Kita lihat dalam KPR 9:27 bahawa bila Paulus dating ke Yerusalem, Barnabaslah yang mengakuinya sebagai murid Yesus.

Barnabas dan Paulus bersama-sama memberitahukan tentang Yesus sebagai Anak Allah dan bagaimana Allah membangkitkan Yesus dari antara orang mati (KPR 13:33).

II. Nama asal Barnabas ialah Yusuf (KPR 4:36). Oleh kerana kasihnya dia telah menjualkan sebidang tanah miliknya dan menyumbangkan hasil jualan itu kepada rasul-rasul untuk dibahagikan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.

Perbuatan kasih Barnabas sangat mendorong orang-orang Kristian dan rasul-rasul pun memberinya gelaran “Barnabas” yang bermakna “anak pendorong”. Jadi Barnabas hanya dipanggil Barnabas selepas kebangkitan Tuhan Yesus.

Penulis “Injil Barnabas” membuat satu kesilapan yang besar bila dia menulis bahawa Barnabas adalah salah seorang dari dua belas rasul yang selalu ikut bersama Yesus semasa pelayanannya dan pada hal Barnabas dipanggil Barnabas oleh Yesus sendiri.

III. Penulis “Injil Barnabas” menyatakan bahawa Yesus selalu menafikanbahawa dialah Mesias. Akan tetapi dalam buku itu Yesus juga disebut “Kristus”.

(Barnabas Pengenalan): Barnabas, rasul Yesus orang Nazerne yang disebut Kristus, kepada semua mereka yang diam di bumi yang mengingini damai sejahtera dan penghiburan.

Perkataan “Kristus” sebenarnya ialah penterjemahan Yunani untuk perkataan Mesias.

IV. Imamat 25:11 : Tahun yang kelima puluh itu harus menjadi tahun Yobel bagimu, jangan kamu tuai, dan pokok anggur yang tidak dirantingi jangan kamu petik buahnya.

Barnabas 82: And then through all the world God be worshipped, and mercy received, in so much that the year of jubilee, which now cometh every hundred years, shall by the Messiah be reduced to every year in every place.

Pada zaman nabi Musa, Allah telah menetapkan supaya orang Yahudi merayakan tahun Yobel setiap lima puluh tahun. Arahan ini dituruti berabad-abad dan Gereja Katolik Romawi akhirnya pun merayakan Tahun Yobel ini sebagai Perayaan Gereja. Pada tahun 1300 T.M., Paus Boniface VIII, ketua gereja Katolik telah mengeluarkan sebuah perintah supaya tahun Yobel ini dirayakan setiap 100 tahun.

Selepas Boniface VIII meninggal dunia, Paus Clement VI memerintah pada tahun 1343 T.M. supaya perayaan tahun Yobel diubah balik kepada sekali dalam 50 tahun sama seperti kekerapan yang diikuti pada zaman Musa.

Penulis “Injil Barnabas” mengatakan bahawa tahun Yobel itu yang dirayakan setiap seratus tahun akan disingkatakan oleh Mesias supaya dirayakan setiap tahun. Penulis ini mengatakan tentang tahun Yobel dirayakan setiap seratus tahun kerana dia hanya tahu tentang perintah Paus Boniface VIII.

Implikasinya ialah penulis injil Barnabas hidup dalam zaman Paus Boniface VIII dan injil Barnabas tidak mungkin ditulis lebih awal daripada abad ke 14.


Adakah Yesus mengatakan Dirinya Mesias?

Markus 14:60-64

14:60 Maka Imam Besar bangkit berdiri di tengah-tengah sidang dan bertanya kepada Yesus, katanya: "Tidakkah Engkau memberi jawab atas tuduhan-tuduhan saksi-saksi ini terhadap Engkau?" 14:61 Tetapi Ia tetap diam dan tidak menjawab p apa-apa. Imam Besar itu bertanya kepada-Nya sekali lagi, katanya: "Apakah Engkau Mesias, Anak dari Yang Terpuji? q " 14:62 Jawab Yesus: "Akulah Dia, dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit. r " 14:63 Maka Imam Besar itu mengoyakkan pakaiannya s dan berkata: "Untuk apa kita perlu saksi lagi? 14:64 Kamu sudah mendengar hujat-Nya terhadap Allah. Bagaimana pendapat kamu?" Lalu dengan suara bulat mereka memutuskan, bahwa Dia harus dihukum mati.

Yohanes 20:28

20:28 Tomas menjawab Dia: "Ya Tuhanku dan Allahku !"


Adakah Yesus wujud dari awal-awal lagi?

Yohanes 8:58-59

8:58 Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, o Aku telah ada. p " 8:59 Lalu mereka mengambil batu untuk melempari Dia; q tetapi Yesus menghilang r dan meninggalkan Bait Allah.


Adakah Yesus dengan Allah sama dan satu?

Yohanes 10:30-33

10:30 Aku dan Bapa adalah satu. c " 10:31 Sekali lagi orang-orang Yahudi mengambil batu untuk melempari Yesus. d 10:32 Kata Yesus kepada mereka: "Banyak pekerjaan baik yang berasal dari Bapa-Ku yang Kuperlihatkan kepadamu; pekerjaan manakah di antaranya yang menyebabkan kamu mau melempari Aku?" 10:33 Jawab orang-orang Yahudi itu: "Bukan karena suatu pekerjaan baik maka kami mau melempari Engkau, melainkan karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah. "



Adakah Yesus cerita tentang tujuanNya?

Lukas 24:46-47

24:46 1 Kata-Nya kepada mereka: "Ada tertulis demikian: Mesias harus menderita l dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga, m 24:47 dan lagi: dalam nama-Nya n berita tentang pertobatan dan pengampunan dosa 2 harus disampaikan 3 kepada segala bangsa 4 , o mulai dari Yerusalem.